PERANAN
PERTAHANAN AWAM
Kebanyakkan orang orang awam tidak mengambil kisah
mengenai tanggungjawab mereka dalam Pertahanan Awam (Civil Defence) sehinggalah mereka berhadapan dengan sesuatu bencana.
Mereka tidak mempelajari makna persediaan menghadapi bencana atau disaster preparedness dan tidak mengambil pendekatan yang
serius terhadap kepentingan dan peranan Pertahanan Awam. Ramai yang tidak mengetahui Jabatan Pertahanan Awam di anggotai ahli
dan pegawai dan beroperasi senantiasa dan bukan hanya bila di ancam mala petaka.
Pertahanan Awam mempunyai banyak tanggungjawab, dan
mesti bersedia dan berkemampuan untuk menangani keperluan tiap tiap bencana yang dihadapinya. Tiap tiap bencana mempunyai
masaalah nya tersendiri, dan memerlukan cara nya yang tersendiri yang sedia mesti diatasi oleh kumpulan kumpulan pengurus.
Persediaan menghadapi bencana memberi peluang kepada Jabatan Pertahanan Awam untuk mempraktik kan segala ilmu menyelamat masa
lalu di dalam satu Rancangan Tindakbalas Kecemasan Umum (General Emergency Response Plan). Standard Operating Procedure (SOP)
yang ada sekarang tidak langsung mengambil kira Persediaan Awam Menghadapi Bencana (Disaster Preparedness of the Civilian).
SOP adalah pendekatan yang terlalu umum menangani
kecemasan atau bencana. Ia boleh mengendalikan rawatan umum, tempat berteduh, evakuasi dan pelbagai jenis insiden yang perlu
di hadapi. Pertahanan Awam perlu melangkah lebih kehadapan. Pertahanan Awam perlu berubah melakukan anjakan paradigma untuk
berhadap dengan mala petaka yang baru yang bakal menimpa kita, seumpama mengnyah bahan bahaya dan pendedahan pada gas toksik,
satu lagi insiden kapal terbang besar terhempas, insiden di Pos Orang Asli di Perak, insiden Gunung Pulai, runtuhan Hillview,
bioterrorisme dan sebagainya.
Pertahanan Awam memerlukan lebih hala dan tujuan sekarang
ini. Mereka perlu mempelajari makna persediaan menghadapi bencana, dan mengambil pendekatan yang lebih serius terhadap kepentingan
dan peranan Pertahanan Awam sebagai Pengurus Bencana (Emergency Managers). Mempunyai sikap professional terhadap isu isu yang
dalam genggaman, akan meningkatkan lagi mutu keselamatan penghidupan rakyat jelata negeri ini.
Sememangnya kita memilih supaya insiden mala petaka
di Twin Towers tidak terjadi di negeri kita, tetapi adalah mustahil harapan ini. Apa yang tidak mustahil ialah apabila mala
petaka mengancam keselamatan rakyat kita, anggota Pertahanan Awam bersedia dan terlatih menghadapi semua masaalah yang mengancam
ini, dengan pantas dan professional.
Insiden kemalangan helikopter Hornbill di Sarawak baru baru ini dan kegagalan anggota
Search dan Rescue untuk menyelamatkan 7 nyawa yang terkorban menunjukkan betapa perlunya JPA3 meningkatkan mutu professionalisma
nya dalam bidang latihan dan penggunaan alat alat kelengkapan yang kian canggih.
Sama sama lah kita berdoa untuk masa depan kita iaitu
persediaan menghadapi bencana menjadi teras amalan penghidupan kita, dan bukan hanya setakat menjadi bahan untuk latihan emergency
mock drill sahaja.